mcmc
Maklumat Komuniti

PROGRAM KARNIVAL KITA MADANI PERINGKAT NEGERI PAHANG 2023

Klik Dengan Bijak di Negeri Pahang.
Pejabat MCMC Negeri Pahang telah menjayakan pameran Klik dengan Bijak (KDB) di Program Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang pada 22 Julai 2022 bertempat di Tapak Pekan Sehari Dong, Raub.
Antara aktiviti KDB yang diadakan di reruai MCMC adalah permainan “Celik Rimba” dan “Ikrar Etika”. Menteri Besar YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail juga mengadakan lawatan ke reruai KDB dan agensi pempamer yang lain.
Selain pameran, Taklimat Keselamatan Internet bertajuk “Tips Elak Kena Scam” turut dikongsikan kepada 200 peserta yang hadir di program ini dan pada akhir sesi taklimat, Kuiz MycyberGenius turut diadakan.
Terima kasih kepada semua pengunjung reruai KDB dan peserta taklimat. Jangan lupa untuk Klik Dengan Bijak!