mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI | ASAS ICT : TEKNIK PENULISAN CERPEN MENGGUNAKAN WORD

Tujuan

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai asas penggunaan Microsoft Word dalam penulisan kreatif. Melalui kelas ini, mereka akan belajar cara menaip, menyusun, dan mengedit teks dengan menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Ini termasuk pemformatan teks, memasukkan gambar, serta menyesuaikan susun atur dokumen supaya lebih menarik dan kemas.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat ringkas kepada peserta. Bengkel bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.