mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI | PROGRAM KEMAHIRAN:KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR

Program Kemahiran: Kelas NADI MAHIR Pertanian Pintar telah berlangsung dengan jayanya pada 08 Mei 2025, bermula dari jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Program ini merupakan salah satu kelas inisiatif pertama di bawah NADI MAHIR yang dianjurkan khusus untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang penanaman. Program ini dijalankan secara atas talian (Online) dimana peserta akan menghadirinya secara berperingkat mengikut sesi. Program ini juga berperanan menyokong agenda pertanian mampan negara dengan memperkukuh produktiviti, kecekapan dan inovasi dalam sektor pertanian. Meskipun penyertaan masih di peringkat permulaan, program ini telah berjaya menarik minat 2 orang peserta yang hadir dan memberikan komitmen mereka sepanjang sesi berlangsung.