Tarikh | 13 Jun 2025 |
Masa | 3:30 pm – 5:00 pm |
Lokasi | Online di NADI Taman Mutiara 1 |
Peserta | 10 Orang |
Webinar Cybersecurity Lindungi Identiti Digital Anda (Secure Online Presence) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2025, bermula dari jam 3:30 petang hingga 5:00 petang.
Webinar ini bertujuan untuk membantu pengguna meningkatkan kesedaran mereka dalam ancaman keselamatan siber yang boleh menjejaskan identiti digital mereka, termasuk penipuan dalam talian, kecurian data peribadi dan penyamaran identiti. Webinar ini juga bertujuan untuk memberikan pengetahun asas tentang langkah-langkah keselamatan seperti pengurusan kata laluan, pengesahan dua faktor dan penggunaan perisian antivirus. Webinar ini telah berjaya menarik minat 10 orang peserta yang hadir dan memberikan komitmen mereka sepanjang sesi berlangsung.