HEBAHAN PROGRAM AI@NADI SESI PAGI

Maklumat Am | 24 June 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan menganjurkan Program AI@NADI: Komuniti Pintar, AI di Hujung Jari yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kemahiran digital komuniti.

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 25 Jun 2026

⏰ Masa: 9.30 Pagi – 11.30 Pagi

💻 Mod: Atas Talian

📌 Program: AI@NADI

Program ini akan membantu peserta memahami asas penggunaan AI, meningkatkan keyakinan dalam memanfaatkan teknologi digital, menyelesaikan tugasan harian dengan lebih cekap serta meningkatkan produktiviti secara berkesan. Di samping itu, peserta turut berpeluang meneroka potensi AI sebagai pemangkin pembangunan diri dan komuniti yang lebih maju.

Sehubungan itu, semua ahli komuniti adalah dijemput untuk menyertai program ini bagi menambah pengetahuan serta memperkukuh kemahiran digital selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

“AI di hujung jari, manfaat sepenuh hati.”

Sekian, terima kasih.

Bersama Komuniti, Maju Bersama!

NADI – Memperkasa Komuniti Digital.