HEBAHAN PROGRAM AI@NADI SESI PETANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan menganjurkan program AI@NADI: Memperkasa Komuniti – Jana Pendapatan Dengan AI bagi memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam meningkatkan kemahiran, produktiviti serta peluang penjanaan pendapatan komuniti.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 25 Jun 2026
Masa: 2.30 Petang – 4.30 Petang
Mod: Atas Talian
Program: AI@NADI
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan AI secara praktikal dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan perniagaan. Peserta juga akan didedahkan kepada kaedah memanfaatkan AI untuk menjana idea kreatif, meningkatkan kecekapan kerja serta meneroka peluang pendapatan baharu.
Sehubungan itu, semua ahli komuniti dijemput untuk menyertai program ini bagi memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
“AI bukan untuk menggantikan, tetapi untuk memperkasakan kita semua.”
Sekian, terima kasih.
Bersama Komuniti, Maju Bersama!