mcmc
Rekreasi & Pelancongan

JERAM BANGKIN SEMAKIN DIKENALI

Jeram Bangkin yang  terletak di Mukim Dong, Raub, Pahang telah  menawarkan pengalaman mandi manda yang menarik di alam semula jadi.

Selain daripada aktiviti air yang mengasyikkan, kawasan ini juga terkenal dengan aktiviti sukan lasak seperti ATV, yang memikat pengunjung yang gemar mencabar adrenalin mereka.

Tempat ini tidak hanya menawarkan pengalaman semulajadi yang seronok, tetapi juga mempunyai pelbagai gerai makanan yang menjual makanan tempatan dan hidangan yang lazat.

Pengunjung dapat menikmati santapan setelah sehari penuh aktiviti.

Jeram Bangkin telah dijadikan sebagai destinasi yang lengkap untuk seisi keluarga dan rakan-rakan yang mencari pengalaman unik dalam suasana semula jadi.