Tujuan
Kuiz Kahoot mengenai Mengenali Komponen Komputer bertujuan untuk menguji dan meningkatkan pemahaman peserta tentang bahagian-bahagian utama dalam komputer. Melalui kuiz ini, peserta dapat mengenali pelbagai komponen seperti pemproses (CPU), memori akses rawak (RAM), cakera keras (HDD/SSD), papan induk (motherboard), kad grafik, dan lain-lain. Dengan cara ini, mereka dapat memahami fungsi setiap komponen serta bagaimana ia berfungsi dalam sistem komputer secara keseluruhan.
Aktiviti
Petugas telah membimbing peserta untuk membuka laman website KAHOOT. Seterusnya peserta telah menjawab sebanayak 10 kuiz. Peserta yang terlibat adalah seramai 3 orang. Kelas bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.