Tujuan
Latihan menyalin dan menampal imej dari Google ke MS Word bertujuan untuk membantu kanak-kanak belajar kemahiran asas komputer, seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Selain itu, ia membolehkan mereka menjadikan dokumen lebih menarik dengan menambah gambar agar kerja lebih kemas dan menyeronokkan. Gambar juga membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih cepat dan mudah diingat. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga mengajar mereka tentang penggunaan gambar yang betul dan dibenarkan.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat ringkas kepada peserta. Bengkel bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.