mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 – WEBINAR CYBERSECURITY LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA (Secure Online Presence)

Tarikh13 Jun 2025
Masa3:30 pm – 5:00 pm
LokasiOnline di NADI Taman Mutiara 1
Peserta10 Orang
JADUAL MAKLUMAT AKTIVITI

Webinar Cybersecurity Lindungi Identiti Digital Anda (Secure Online Presence) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2025, bermula dari jam 3:30 petang hingga 5:00 petang.

Webinar ini bertujuan untuk membantu pengguna meningkatkan kesedaran mereka dalam ancaman keselamatan siber yang boleh menjejaskan identiti digital mereka, termasuk penipuan dalam talian, kecurian data peribadi dan penyamaran identiti. Webinar ini juga bertujuan untuk memberikan pengetahun asas tentang langkah-langkah keselamatan seperti pengurusan kata laluan, pengesahan dua faktor dan penggunaan perisian antivirus. Webinar ini telah berjaya menarik minat 10 orang peserta yang hadir dan memberikan komitmen mereka sepanjang sesi berlangsung.

Gambar webinar ada di sini