| Tarikh | 24 Mei 2025 |
| Masa | 2:30 pm – 4:30 pm |
| Lokasi | Online di NADI Taman Mutiara 1 |
| Peserta | 2 Orang |
Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi Kedua Tingkatan 4/5 yang bertajuk Tips Karangan Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mei 2025, bermula dari jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu dengan memberi fokus kepada teknik dan strategi menghasilkan karangan yang cemerlang. Webinar ini juga bertujuan untuk memberikan peserta lebih memahami format dan kehendak soalan karangan dengan lebih jelas, mempelajari teknik merancang dan menyusun isi secara berkesan dan mengaplikasikan pelbagai gaya bahasa, penanda wacana, dan peribahasa yang menarik dalam penulisan. Meskipun penyertaan masih di peringkat permulaan, program ini telah berjaya menarik minat 2 orang peserta yang hadir dan memberikan komitmen mereka sepanjang sesi berlangsung.