Tarikh | 03 Mei 2025 |
Masa | 2:30 pm – 3:30 pm |
Lokasi | Google Meet |
Peserta | 1 Orang |
Webinar Motivasi Pelajar Edisi 2 Tingkatan 4/5 telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Mei 2025, bermula dari jam 2:30 petang hingga 3:30 petang.
Program ini merupakan salah satu webinar dibawah NADI X DILEA yang dianjurkan khusus untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pembelajaran. Program ini dijalankan secara atas talian (Online). Webinar ini berperanan dalam memberikan pendedahan teknik belajar yang berkesan. Ia juga memberikan panduan serta strategi pembelajaran yang lebih efisien dan teratur supaya pelajar dapat belajar dengan bijak, bukan semata-mata belajar keras.. Meskipun penyertaan masih di peringkat permulaan, program ini telah berjaya menarik minat 1 orang peserta yang hadir dan memberikan komitmen mereka sepanjang sesi berlangsung.