| Tarikh | 8 & 12 Ogos 2025 |
| Masa | 11:00 am – 12:00 pm |
| Lokasi | NADI Taman Mutiara 1 |
| Peserta | 3 Orang Komuniti |
Pendaftaran Budi Madani Secara Atas Talian telah berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 12 Ogos 2025, bermula dari jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Program ini merupakan salah satu program dimana pihak petugas NADI telah membantu komuniti yang datang berkunjung ke NADI untuk tujuan membuat pendaftaran permohonan bantuan subsidi diesel secara atas talian iaitu melalui laman web Budi Madani.
Budi Madani ini terdiri daripada dua kategori iaitu BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi. BUDI Individu adalah untuk individu yang bukan dari kelompok T20 (pendapatan di bawah RM100,000 setahun) dan memiliki kenderaan diesel persendirian yang digunakan bukan untuk tujuan perniagaan di Semenanjung Malaysia manakala BUDI Agro-Komuniti pula adalah untuk petani kecil, penternak, dan pekebun kecil seperti sektor sawit, getah, koko, lada, dan kenaf yang berdaftar dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Bantuan ini merupakan lanjutan daripada program penyasaran subsidi diesel.
Meskipun penyertaan masih di peringkat permulaan, pendaftaran ini telah berjaya menarik minat 2 orang komuniti yang membuat permohonan untuk BUDI Agro-Komuniti dan 1 orang komuniti yang membuat permohonan untuk BUDI Individu.