mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025 – PROGRAM KHAS MERDEKA DAN HARI MALAYSIA DI NADI TAMAN MUTIARA 1

  1. Program Kelas Kesedaran
Tarikh07 September 2025
Masa2:00 pm – 3:00 pm
LokasiNADI Taman Mutiara 1
Peserta10 Orang Peserta
Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang menyertai Kelas Kesedaran yang dianjurkan oleh pihak NADI pada 7 September 2025. Kelas kesedaran yang telah disiarkan oleh petugas ialah Kelas Kesedaran E-sukan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Atlet E-sukan. Pihak petugas juga telah menjalankan aktiviti tontonan video Webinar Safe & Shield (Pecutan Merdeka) topik Buli Siber serta Penipuan Atas Talian.

2. Pertandingan Mobile Legend

Tarikh07 September 2025
Masa3:00 pm – 4:00 pm
LokasiNADI Taman Mutiara 1
Peserta10 Orang Peserta
Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang menyertai Pertandingan Mobile Legend yang dianjurkan oleh pihak NADI pada 7 September 2025. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat berlawan dan juga meningkatkan ketangkasan peserta mengatur strategi untuk memenangi perlawanan di peringkat seterusnya dalam perlawanan Mobile Legend Season 3 yang bakal berlangsung nanti.

3. Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-Kanak

Tarikh07 September 2025
Masa10:00 am – 11:00 am
LokasiNADI Taman Mutiara 1
Peserta10 Orang Peserta
Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang menyertai Program Kelas Mewarna Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak NADI pada 7 September 2025. Program Kelas Mewarna Kemerdekaan ini dianjurkan bagi peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 9 tahun. Pertandingan ini telah berjaya menarik minat 10 orang peserta.

4. Program Tayangan Filem Patriotik atau Wayang Pacak

Tarikh07 September 2025
Masa10:00 am – 12:00 pm
LokasiNADI Taman Mutiara 1
Peserta15 Orang Peserta
Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang menyertai Program Wayang Pacak atau Tayangan Filem Patriotik yang dianjurkan oleh pihak NADI pada 7 September 2025. Tajuk cerita yang telah ditayangkan oleh pihak petugas pada hari tersebut ialah Filem Leftenan Adnan. Tujuan petugas memainkan filem tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan penghayatan kepada masyarakat, khususnya generasi muda, tentang nilai patriotisme dan pengorbanan wira negara.

5. Pertandingan Memasak dan Menghias Nasi Goreng Bertemakan Kemerdekaan

Tarikh07 September 2025
Masa10:00 am – 12:00 pm
LokasiNADI Taman Mutiara 1
Peserta3 Orang Peserta
Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang menyertai Pertandingan Memasak dan Menghias Nasi Goreng Bertemakan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak NADI pada 7 September 2025. Pertandingan ini telah disertai oleh 3 orang peserta. Pertandingan memasak dan menghias makanan nasi goreng bertemakan kemerdekaan diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui penghasilan hidangan yang berteraskan nilai kebangsaan. Selain itu, pertandingan ini juga berfungsi sebagai platform untuk mencungkil bakat serta kreativiti dalam seni kulinari, di samping menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan. Aktiviti ini turut bertujuan mempromosikan nasi goreng sebagai hidangan kebanggaan rakyat Malaysia serta menambahkan kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Maklumat Gambar Boleh Lihat Di Sini