mcmc
Maklumat Am

MAKLUMAT AM

Pengenalan:

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Mutiara 1 telah beroperasi selama 8 tahun iaitu bermula pada tahun 2015. Dahulunya ianya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti. NADI Taman Mutiara 1 dikendalikan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus (Norhamizah Binti Zulkilfli) dan Penolong Pengurus (Siti Norasikin Binti Ariffin)

Di sini kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk komuniti setempat seperti penggunaan internet dengan harga yang berpatutan, wireless secara PERCUMA (untuk ahli NADI), cetakan hitam dan berwarna, laminating, binding, scanning dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan.

Dengan hanya mendaftar keahlian RM5 seumur hidup, komuniti boleh menghadiri kelas dan latihan secara percuma. Antara kelas dan latihan yang kami jalankan adalah pengenalan kepada asas komputer bagi mereka yang ingin belajar mengenali komputer dan internet, pengenalan kepada laman-laman web yang boleh dilayari, pengenalan kepada asas keusahawanan, asas grafik dan video dan lain-lain.

Kami juga amat menggalakkan program bersama-sama dengan badan-badan komuniti yang lain seperti Perpustakaan Awam Daerah, Tabika, Jabatan- jabatan kerajaan dan lain-lain. Kami berharap agar dengan kerjasama ini kami dapat memberi pendedahan kepada semua mengenai NADI ini dan sentiasa ada perhubungan yang baik bersama komuniti. 

Lokasi:

Taman Mutiara 1 terletak dalam mukim Tras di daerah Raub, Pahang. Taman Mutiara juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Taman Mutiara 1 dan Taman Mutiara 2. Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah di dalam Taman Mutiara 1 iaitu di jalan yang menghala ke Cheroh. Terdapat pelbagai jenis kaum yang menetap di sini. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah berbangsa Melayu dan selebihnya diikuti dengan kaum Cina dan kaum India. Lokasi NADI ini amat strategik dan bersesuian dengan kehendak masyarakat kerana mempunyai pelbagai lapisan umur, dan masyarakat di sini berminat dalam bidang teknologi IT. Selain itu lokasi NADI juga berada di tengah-tengah kawasan antara Taman Mutiara 1 dan Taman Mutiara 2. Dengan itu secara tidak langsung lokasi ini akan menjadi tempat tumpuan dan memudahkan untuk menarik orang ramai mendaftar sebagai ahli di NADI Taman Mutiara 1.

 

Populasi penduduk:  Taman Mutiara 1, Taman Mutiara 2 & Kampung Sempam (Komuniti setempat)

Jantina

Bilangan

Jumlah   keseluruhan

Lelaki

652

Perempuan

348

 Jumlah Keseluruhan

1000

1000

 

 

Pemimpin & Ketua Komuniti

AHLI PARLIMEN KAWASAN RAUB (P080) PKR

 

Nama                                

YB TUAN CHOW YU HUI

Email                                 

chowyuhui@gmail.com

Media sosial                      

https://www.facebook.com/chowyuhui2

Alamat Surat-menyurat     

No.15, Taman Sempalit aman, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DUN BATU TALAM (N.06)

 

Nama                               

YB.DATO’ ABD. AZIZ BIN HAJI MAT KIRAM, DIMP., SMP., AMP., KMN., PJK.

Email

adunbatutalam@pahang.gov.my

Media sosial

https://www.facebook.com/datoabdaziz.kiram

Alamat Surat-menyurat

Pejabat UMNO Bahagian Raub, No.38, Pejabat UMNO Bahagian Raub, Jalan Dato’ Abdullah, 27600 Raub.

 


 

 

 PEGAWAI DAERAH RAUB

 

 

Nama

:

ENCIK MOHD KHUZAIDI BIN HARUN

Jawatan

:

PEGAWAI DAERAH

Bahagian

:

KHIDMAT PENGURUSAN

Jabatan

:

PEJABAT DAERAH DAN TANAH RAUB

Telefon

:

09-2201512

Faksimili

:

09-2222044

Emel

:

khuzaidi@pahang.gov.my

 

 *Sumber : https://direktori.pahang.gov.my/frmPapar.php?micro=51&site=bentong&profil_id=19256

 

KETUA KAMPUNG SEMPAM

 

 

 

 

Nama: Encik Khairul Azri bin Kamaluddin

Media Sosial: https://www.facebook.com/khairul.azri.79/about

No Tel: 019-3055588

*Sumber : https://pdtraub.pahang.gov.my/en/info-daerah/jkkk-daerah