mcmc
Galeri Foto

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan Ke-59

Tarikh : 28 Ogos 2016, Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Mutiara 1

Sempena kemerdekaan yang ke-59, Pusat Internet 1Malaysia Taman Mutiara 1 telah mengadakan Pertandingan Mewarna. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun (mewarna di atas kertas) dan untuk pelajar sekolah rendah Tahun Satu sehingga Tahun Enam (mewarna menggunakan paint)

Peserta telah diberikan gambar bertemakan kemerdekaan untuk diwarnakan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di samping mempelajari dan memahami maksud disebalik warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Selain itu juga, apabila mewarna menggunakan paint, memerlukan ketelitian terhadap peserta dalam memilih dan menggunakan pelbagai jenis saiz brush.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana turut sama meraikan dan menaikkan semangat kemerdekaan negara kita yang ke-59. Merdeka! Merdeka! Merdeka..!