Program Khas NADI-Nurture DILEA: Webinar Berkala Sejarah (Edisi Pertama) telah berlangsung dengan jayanya pada 12 April 2025, bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Webinar ini merupakan inisiatif pertama di bawah DILEA yang dianjurkan khusus untuk memperkasa pengetahuan peserta dalam bidang sejarah. Meskipun penyertaan masih di peringkat permulaan, program ini telah berjaya menarik minat 2 orang peserta yang hadir dan memberikan komitmen mereka sepanjang sesi berlangsung.